Search This Blog

Tuesday 15 December 2015

Family trip::Madinah Munawwarah & Umrah

Tarikh :28 November 2015 (Day 5)
Tempat : Masjid Nabawi (Ziarah Dalam)

Alhamdulillah, selepas 2jam lebih dalam flight yang agak menyeksakan, sampai lah kami ke Madinah Al-Munawwarah, Kota Rasulullah...kitaorg landing kat Yanbu Airport..tempat ni xberapa femes sebab selalunya orang akan landing di Jeddah-Madinah-Mekah...tapi kitaorg pnya agensi susun Yanbu-Madinah-Mekah..so,xdela kitaorg kena berpatah balik...semua satu arah je..dari Yanbu ke Madinah ambil masa dalam 2jam..kitaorg landing dalam pukul 4.30am,tunggu imigresen dia,subhanallah...betol2 menguji kesabaran..



Aku ok lagi, Ustaz Burhan, adik aku, dengan sorang pak cik tu dorang xlepas kan masa cek passport,diaorg suruh tunggu belakang...last sekali,kitaorg dapat naik bas pukul 6.00am cmtu..ustaz cakap orang hensem memang kena macam tu...ceitttt...hampeh..rupenya ustaz cakap diaorg takot kes ISIS, tu yang ketat sikit kawalan diaorg...

Lepas singgah solat Subuh,kitaorg pun teruskan perjalanan ke Kota Madinah..kitaorg lalu kawasan yang nama dia Badar, tempat berlakunya perang Badar...sepatotnya kitaorg akan singgah di perkampungan Badar tu,tapi disebabkan lately ni ada kes pengeboman oleh ISIS kat situ,penduduk dia jadi sangat takut dengan orang luar..sampai tahap diaorg akan baling batu atau botol kaca ke arah kita..jadi,demi keselamatan jemaah, kitaorg pun xsinggah...

Sampai hotel kat Madinah dalam pukul 10am camtu..kitaorg makan bihun pihak agensi sediakan dulu,baru naik bilik siap-siap untuk Zohor...Zohor masuk dalam pukul 12pm lebih..ustaz pun guide kitaorg macam mana nak pergi dan nak balik Masjid..

Lepas solat Asar, mula la ziarah dalam kitaorg..ziarah dalam ni maksudnya ziarah dalam Masjid Nabawi...



Dalam Masjid Nabawi nilah terletaknya makam Rasulullah, makam Saidina Abu Bakar, dan Saidina Umar r.a..kedudukan nya pula mengikut susunan...sambil-sambil tu Ustaz Burhan pun cerita la sedikit pasal sirah Rasulullah S.A.W....kalau dari luar, kita berpandukan pada kubah hijau...kat kubah hijau tula letaknya makam Nabi Muhammad S.A.W

"Satu hari Nabi Muhammad S.A.W terdengar suara tanya baginda samada baginda mahu mati tanpa dihisab,atau hidup dan tanpa dihisab, maka baginda pilih untuk mati...lepas tu, terus baginda rasa xsihat yang amat sangat dan semakin teruk sehingga tidak mampu ke masjid Nabawi untuk bersolat.."
ni lah pemandangan dari luar perkuburan baqi'...hanya lelaki sahaja yang dibenarkan masuk ke dalam...yang wanita boleh ziarah kat luar saja...yang ramai-ramai tu semua pergi ke kaunter, dan akan dapat CD & buku...


lepas ziarah dalam selesai, kami dapat tengok payung-payung Masjid Nabawi tutup...kagum sekejap...subahanallah....


-to be continued-


No comments:

Post a Comment