Search This Blog

Tuesday 15 December 2015

Jalan-jalan Subur Iman Madinah Munawwarah

Tarikh : 30 November 2015
Tempat: Masjid Quba'->Jabal Uhud->Ladang Tamar -> Bukit Baida' dan lain-lain

untuk aktiviti hari ni, ziarah kami jauh sikit dari tempat penginapan...kena naik bas...destinasi pertama, Masjid Quba'...

untuk ziarah Masjid Quba' ni,Ustaz Burhan dah pesan siap-siap hari sebelumnya, suruh kami prepare wudhuk dari hotel,sampai je kat sana, terus solat 2 rakaat..disebabkan waktu tu waktu Dhuha,maka kami pun buat la solat sunat Dhuha...sebab ustaz pesan suruh berwudhuk siap-siap dari hotel,sebab memang ada riwayat yang mengatakan macam tu..

rezeki kami, aku & ibu dapat saf depan sekali..lepas habis je solat,pusing belakang, naahhhh,ramainya orang subhanallah...macam ramai nya nak masuk dalam Raudhah...

sebelum naik bas tu sempat jugakla usha-usha orang yang menjual kat area situ..macam-macam ada...tapi yang paling banyak, jual kurma la..kat sini dia ada jual kurma segar katenya..


teddia..ni ghupe kurma segar tu..sedap...tapi nak kata segar tu xjugakla, sebab kurma ni dia just keluarkan dari freezer..aku layan jugakla makan..sebab dapat yang manis mula-mula tu...lepas tu,aku dapat yang rasa pahit,terus stop makan..memang dasar kan???hahahaha

lepas tu kami pun gerak ke Jabal Uhud, tempat berlakunya perang Uhud iaitu selepas berlakunya perang Badar di mana orang kafir pada ketika itu ingin balas dendan atas orang mukmin disebabkan kekalahan yang mereka alami ketika perang Badar..


yang bagi penerangan ni student kat Universiti Madinah...penuh ilmu dia, sebab dia boleh ceritakan kat orang lain...bagusss


haaaa,nampak tak khemah putih banyak-banyak tu?kat sini ada macam pasar taw..macam-macam ada jual kat sini...tapi aku xsempat sangat nak usha semua sebab singgah kejap je kat sini..tapi sempat jugakla aku capai sebungkus inai serbuk...huah3...harga dia 10riyal..


gambar kenangan masa kat bukit pemanah...kat bukit ni la para pemanah untuk tentera Islam duduk..masa perang tu, Rasulullah dah pesan kat pemanah-pemanah ni jangan tinggalkan bukit ni walau apa pun yang jadi sehingga diberitahu...tapi disebabkan diaorang tengok orang2 kafir macam dah berundur dan meninggalkan banyak barang berharga kat bawah bukit,diaorang ingat yang perang dah tamat dan kemenangan di pihak Islam...maka, turunlah para pemanah ni dari bukit ni dari 50 orang,tinggal 10 orang je yang masih berpegang dengan pesan Rasulullah S.A.W.

maka dengan kesempatan itu, panglima perang Khalid Al-Walid (sebelum beliau memeluk Islam) yang merupakan panglima perang bagi kaum kafir Quraisy menyerang pemanah yang ada kat bukit ni...dalam perang ni,umat Islam mengalami kekalahan....

perang Uhud ni merupakan perang untuk membalas dendam ke atas umat Islam disebabkan kekalahan orang kafir dalam perang Badr sebelum ni...

lepas pergi Bukit Uhud, bas bergerak ke Ladang Kurma...sebenarnya konflik jugak pasal ladang kurma ni...mula-mula ustaz tanya semua jemaah rombongan, nak pergi atau tidak ladang kurma ni...kalau xnak pergi,dapat jimat masa untuk pergi tempat lain...then,semua pun setuju...

rupa-rupa nya, kami kena pergi jugak sebab ladang kurma ni kira macam dah masuk pakej...wajib datang la kiranya...kalau x, syarikat bas tu akan di banned oleh kerajaan Arab Saudi...dasat kan?

dah sampai....

ni la suasana kat dalam pasar kat ladang kurma...nampak macam bukan orang Arab pun kan? (orang arab,balik Arab, berjubah labuhhhhh...oooo)

aku xingat la sebenarnya orang ni cuba bagi aku tester atau dia cakap dengan pak cik kat depan aku...hehehe

borong pak cik,mak cik...ewaahhhhh

haaa,ni macam-macam nama kurma dia...besar,kecik,semua pun ada...tinggal keluar fulus saja kalau ada yang berkenan di hati...

ni kat kawasan luar pasar tu...posing 1 kali dengan pokok kurma dulu...

kak Nor pun nak jugak...

eh, 1 kali dah jadi 2 kali...haaa,ni pun abah yang tolong tangkapkan gambar...

Kenangan bergambar 1 family...ibu plg vogue...hehehe 


lepas dah memborong sorang sikit,semua naik bas balik...aku xbeli apa sangat,sebab katanya harga kat sini lebih mahal berbanding biasa..lagipun awal lagi nak membeli, nanti xfresh pulak...

ustaz cakap,nasib baik kami ada jugak yang membeli dalam satu bas tu, xde la 1bas tangan kosong je...sebabnya, dalam xnampak,sebenarnya ada penjaga kat kawasan tu..siap bertatu lagi taw...orang2 ni la yang akan jumpa drebar bas kalau xde jemaah yang membeli langsung dalam 1 bas tu...silap2 boleh bertumbuk wooo ustaz cakap...

lepas dah melawat ladang kurma,kami bergerak pergi Bukit Baida' atau dalam bahasa Melayu,bukit magnet...kalau ikot cerita Lan John sebelum aku bertolak,dia cakap kalau pergi Bukit Baida' ni, henfon semua kena jaga,sebab takot rosak...

tapi alhamdulillah,xde ape2 yang rosak masa kami datang sini...tourist guide kami cakap sebenarnya,kawasan ni,kawasan kemalangan...




                   lepas dah habis jelajah Bukit Baida', kami pun balik ke hotel untuk solat Zohor....

No comments:

Post a Comment