Search This Blog

Tuesday 15 December 2015

Jalan-jalan Subur Iman Madinah Munawwarah

Tarikh : 30 November 2015
Tempat: Masjid Quba'->Jabal Uhud->Ladang Tamar -> Bukit Baida' dan lain-lain

untuk aktiviti hari ni, ziarah kami jauh sikit dari tempat penginapan...kena naik bas...destinasi pertama, Masjid Quba'...

untuk ziarah Masjid Quba' ni,Ustaz Burhan dah pesan siap-siap hari sebelumnya, suruh kami prepare wudhuk dari hotel,sampai je kat sana, terus solat 2 rakaat..disebabkan waktu tu waktu Dhuha,maka kami pun buat la solat sunat Dhuha...sebab ustaz pesan suruh berwudhuk siap-siap dari hotel,sebab memang ada riwayat yang mengatakan macam tu..

rezeki kami, aku & ibu dapat saf depan sekali..lepas habis je solat,pusing belakang, naahhhh,ramainya orang subhanallah...macam ramai nya nak masuk dalam Raudhah...

sebelum naik bas tu sempat jugakla usha-usha orang yang menjual kat area situ..macam-macam ada...tapi yang paling banyak, jual kurma la..kat sini dia ada jual kurma segar katenya..


teddia..ni ghupe kurma segar tu..sedap...tapi nak kata segar tu xjugakla, sebab kurma ni dia just keluarkan dari freezer..aku layan jugakla makan..sebab dapat yang manis mula-mula tu...lepas tu,aku dapat yang rasa pahit,terus stop makan..memang dasar kan???hahahaha

lepas tu kami pun gerak ke Jabal Uhud, tempat berlakunya perang Uhud iaitu selepas berlakunya perang Badar di mana orang kafir pada ketika itu ingin balas dendan atas orang mukmin disebabkan kekalahan yang mereka alami ketika perang Badar..


yang bagi penerangan ni student kat Universiti Madinah...penuh ilmu dia, sebab dia boleh ceritakan kat orang lain...bagusss


haaaa,nampak tak khemah putih banyak-banyak tu?kat sini ada macam pasar taw..macam-macam ada jual kat sini...tapi aku xsempat sangat nak usha semua sebab singgah kejap je kat sini..tapi sempat jugakla aku capai sebungkus inai serbuk...huah3...harga dia 10riyal..


gambar kenangan masa kat bukit pemanah...kat bukit ni la para pemanah untuk tentera Islam duduk..masa perang tu, Rasulullah dah pesan kat pemanah-pemanah ni jangan tinggalkan bukit ni walau apa pun yang jadi sehingga diberitahu...tapi disebabkan diaorang tengok orang2 kafir macam dah berundur dan meninggalkan banyak barang berharga kat bawah bukit,diaorang ingat yang perang dah tamat dan kemenangan di pihak Islam...maka, turunlah para pemanah ni dari bukit ni dari 50 orang,tinggal 10 orang je yang masih berpegang dengan pesan Rasulullah S.A.W.

maka dengan kesempatan itu, panglima perang Khalid Al-Walid (sebelum beliau memeluk Islam) yang merupakan panglima perang bagi kaum kafir Quraisy menyerang pemanah yang ada kat bukit ni...dalam perang ni,umat Islam mengalami kekalahan....

perang Uhud ni merupakan perang untuk membalas dendam ke atas umat Islam disebabkan kekalahan orang kafir dalam perang Badr sebelum ni...

lepas pergi Bukit Uhud, bas bergerak ke Ladang Kurma...sebenarnya konflik jugak pasal ladang kurma ni...mula-mula ustaz tanya semua jemaah rombongan, nak pergi atau tidak ladang kurma ni...kalau xnak pergi,dapat jimat masa untuk pergi tempat lain...then,semua pun setuju...

rupa-rupa nya, kami kena pergi jugak sebab ladang kurma ni kira macam dah masuk pakej...wajib datang la kiranya...kalau x, syarikat bas tu akan di banned oleh kerajaan Arab Saudi...dasat kan?

dah sampai....

ni la suasana kat dalam pasar kat ladang kurma...nampak macam bukan orang Arab pun kan? (orang arab,balik Arab, berjubah labuhhhhh...oooo)

aku xingat la sebenarnya orang ni cuba bagi aku tester atau dia cakap dengan pak cik kat depan aku...hehehe

borong pak cik,mak cik...ewaahhhhh

haaa,ni macam-macam nama kurma dia...besar,kecik,semua pun ada...tinggal keluar fulus saja kalau ada yang berkenan di hati...

ni kat kawasan luar pasar tu...posing 1 kali dengan pokok kurma dulu...

kak Nor pun nak jugak...

eh, 1 kali dah jadi 2 kali...haaa,ni pun abah yang tolong tangkapkan gambar...

Kenangan bergambar 1 family...ibu plg vogue...hehehe 


lepas dah memborong sorang sikit,semua naik bas balik...aku xbeli apa sangat,sebab katanya harga kat sini lebih mahal berbanding biasa..lagipun awal lagi nak membeli, nanti xfresh pulak...

ustaz cakap,nasib baik kami ada jugak yang membeli dalam satu bas tu, xde la 1bas tangan kosong je...sebabnya, dalam xnampak,sebenarnya ada penjaga kat kawasan tu..siap bertatu lagi taw...orang2 ni la yang akan jumpa drebar bas kalau xde jemaah yang membeli langsung dalam 1 bas tu...silap2 boleh bertumbuk wooo ustaz cakap...

lepas dah melawat ladang kurma,kami bergerak pergi Bukit Baida' atau dalam bahasa Melayu,bukit magnet...kalau ikot cerita Lan John sebelum aku bertolak,dia cakap kalau pergi Bukit Baida' ni, henfon semua kena jaga,sebab takot rosak...

tapi alhamdulillah,xde ape2 yang rosak masa kami datang sini...tourist guide kami cakap sebenarnya,kawasan ni,kawasan kemalangan...




                   lepas dah habis jelajah Bukit Baida', kami pun balik ke hotel untuk solat Zohor....

Family trip::Madinah Munawwarah & Umrah

Tarikh :28 November 2015 (Day 5)
Tempat : Masjid Nabawi (Ziarah Dalam)

Alhamdulillah, selepas 2jam lebih dalam flight yang agak menyeksakan, sampai lah kami ke Madinah Al-Munawwarah, Kota Rasulullah...kitaorg landing kat Yanbu Airport..tempat ni xberapa femes sebab selalunya orang akan landing di Jeddah-Madinah-Mekah...tapi kitaorg pnya agensi susun Yanbu-Madinah-Mekah..so,xdela kitaorg kena berpatah balik...semua satu arah je..dari Yanbu ke Madinah ambil masa dalam 2jam..kitaorg landing dalam pukul 4.30am,tunggu imigresen dia,subhanallah...betol2 menguji kesabaran..



Aku ok lagi, Ustaz Burhan, adik aku, dengan sorang pak cik tu dorang xlepas kan masa cek passport,diaorg suruh tunggu belakang...last sekali,kitaorg dapat naik bas pukul 6.00am cmtu..ustaz cakap orang hensem memang kena macam tu...ceitttt...hampeh..rupenya ustaz cakap diaorg takot kes ISIS, tu yang ketat sikit kawalan diaorg...

Lepas singgah solat Subuh,kitaorg pun teruskan perjalanan ke Kota Madinah..kitaorg lalu kawasan yang nama dia Badar, tempat berlakunya perang Badar...sepatotnya kitaorg akan singgah di perkampungan Badar tu,tapi disebabkan lately ni ada kes pengeboman oleh ISIS kat situ,penduduk dia jadi sangat takut dengan orang luar..sampai tahap diaorg akan baling batu atau botol kaca ke arah kita..jadi,demi keselamatan jemaah, kitaorg pun xsinggah...

Sampai hotel kat Madinah dalam pukul 10am camtu..kitaorg makan bihun pihak agensi sediakan dulu,baru naik bilik siap-siap untuk Zohor...Zohor masuk dalam pukul 12pm lebih..ustaz pun guide kitaorg macam mana nak pergi dan nak balik Masjid..

Lepas solat Asar, mula la ziarah dalam kitaorg..ziarah dalam ni maksudnya ziarah dalam Masjid Nabawi...



Dalam Masjid Nabawi nilah terletaknya makam Rasulullah, makam Saidina Abu Bakar, dan Saidina Umar r.a..kedudukan nya pula mengikut susunan...sambil-sambil tu Ustaz Burhan pun cerita la sedikit pasal sirah Rasulullah S.A.W....kalau dari luar, kita berpandukan pada kubah hijau...kat kubah hijau tula letaknya makam Nabi Muhammad S.A.W

"Satu hari Nabi Muhammad S.A.W terdengar suara tanya baginda samada baginda mahu mati tanpa dihisab,atau hidup dan tanpa dihisab, maka baginda pilih untuk mati...lepas tu, terus baginda rasa xsihat yang amat sangat dan semakin teruk sehingga tidak mampu ke masjid Nabawi untuk bersolat.."
ni lah pemandangan dari luar perkuburan baqi'...hanya lelaki sahaja yang dibenarkan masuk ke dalam...yang wanita boleh ziarah kat luar saja...yang ramai-ramai tu semua pergi ke kaunter, dan akan dapat CD & buku...


lepas ziarah dalam selesai, kami dapat tengok payung-payung Masjid Nabawi tutup...kagum sekejap...subahanallah....


-to be continued-


Saturday 5 December 2015

Istanbul Aku Datang (part 5)

Tarikh : 27 November 2015 (Day 4)
Tempat : Ortakoy -> Istanbul Military Museum ->Istanbul Ataturk Airport

pagi ni bangun2 pagi, siap2 beg,sebab lepas keluar dari hotel,xde patah balik lagi dah,terus ke airport saja...

kenangan view hotel tempat aku stay...

dari hotel pagi tu,kami gerak ke Ortakoy...hari ni hari Jumaat, so,ada solat Jumaat...kena cepat sikit..sampai2 situ, kami terus dibawa ke masjid untuk bersolat...ramai sangat orang masa ni..sampai kat luar kawasan masjid pun ada dibentang sajadah untuk bersolat Jumaat..perempuan pun ada jugak yang bersolat Jumaat kat sini...kami ambil peluang merasa suasana solat Jumaat kat Istanbul dan terus buat solat jamak qasar dengan Asar sekali...


lepas bersolat,sementara tunggu makanan kat restoran siap, kami dibenarkan untuk jalan2 sekitar kawasan ni..

semestinya aku akan amek gambar...hehehe..tapi gambar ni special sikit,sebab en.abah yang tolong tangkapkan...siap offer nak tangkapkan lagi tu...hehehe




jalan sikit dari tempat bergambar dengan cruise tadi,ada merpati banyak tengah melepak santai2...ada pulak orang yang jualkan bijik jagung untuk bagi makan kat burung2 kat situ...xsilap aku,dia jual secawan jagung ni dalam 2lira kot...

mak cik Ita pun beli la satu..lpas tu dia bagi kami sorang sikit try bagi makan burung tu...

yang aku xpaham dengan adik aku yang sorang ni...aku ingat dengan kucing saja dia takut...rupa2 nya dengan burung merpati pun takut jugak....

aku rasa pokok kat belakang aku sangat unik dengan warna warni tu sangat menarik perhatian aku...itu je motif gambar ni...k,bye...haha

akhirnya,kami dapat call cakap makanan dah siap...so,semua pun berjalan menuju ke restoran ni...kat sini, jalan dia sangat sibuk...susah sangat nk melintas jalan...huhuhu

mula2 datang roti + nasi barli ni..kali ni punya nasi barli,sedap weh...rasa cam nasikgoreng kampung...bahahaha,aku xtawla faktor kelaparan ke hape sampai aku boleh rasa macam tu...

lepas dah selesai sesi makan roti tadi,sampai pulak yang ni...macam lasagna rasa dia..dap nye,omnomnomnom....xcukup benda ni aku rasa sebab semangkuk ni kena share 4 orang...

rupa nya, ni la dia menu utama kami...roti panjang sepanjang-panjang nya...muahahahaha...masa sampai ni, aku dah nerves memikirkan 8 orang kena habiskan semua ni...perut punya capasity tinggal half je lagi ni, sebab dah sumbat makanan2 tadi...huhuhuhu (*risau)

aku rasa kak cik je yang happy sepanjang kami duduk sini sebab dia memang suka makanan western2 & roti2 camni...huhuhuhu

selfie dengan roti panjang...ok,nampak gigi je + goyang... -_-"

haaaa, ni la ahli meja kami...akhirnya dapat gambar penuh sebab waiter tu offer untuk tangkapakan gambar...

lepas kami main kotor dengan transferkan roti kami kat meja2 lain,tinggal la 4 slice camtu baki...semua orang suggest suruh kami tapau...aku pun tapau jela...rasa dia sedap, macam dominos...lepas tu,kami tunggu bas untuk bergerak ke next destination...

kami pun sampai kat tempat ni...masa sampai tu,terus tuju ke dia punya theatre hall kot,sebab kata nya kami mesti tengok pementasan diaorg...so, sampai2 dalam tu,terus masing2 amik tempat sebab show dah start...

xpaham sangat pementasan dia pasal apa sebab diaorg buat dalam bahasa Turkey...tapi aku teka macam perang2 punya stail la kot... 

haa,ni poster pasal pementasan tu...xlama lepas kitaorg sampai,tamat la show tu...huhuhu

nampak macam sama dengan yang atas stage tu kan????



dalam banyak2 bende, yang dua ni paling menarik perhatian aku...alat2 perang ni ada ukiran kalimah Allah...cantik sangat pembuatan dia...

sementara nak tunggu masa keberangkatan,bergambar kat luar pulak...penaja trip a.k.a bos besar..pewwittt... :D

budak eksaited tiap kali nampak kamera...

abah terkenang zaman2 askar dulu ke abah????hehehehe...

ada cerita pasal meriam ni...masa zaman dulu, diaorg ada nak pakai meriam ni untuk lawan musuh..tapi xde sorang pun yang larat nak angkat peluru meriam ni sebab terlalu berat..(tgk saiz meriam pun dah boleh agak kan???)...dipendekkan cerita, dengan izin Allah, ada la seorang hamba Allah ni boleh angkat peluru tu masuk dalam meriam ni..dan dengan izin Allah jugak,diaorg menang dalam perang tu...
lepas dah menang, hamba Allah tadi nk buat demo la kat orang ramai yang dia boleh angkat peluru tu...tapi, Allah xmengizinkan...
kiranya model meriam ni adalah untuk memperingati kisah tersebut la...wallahualam....

kak cik punya turn pulak...

haa,ni la bas kami sepanjang 4 hari kat Istanbul...dah ready nak bertolak balik dah rsa nya ni...


rupa nya ni muzium perang....dah nak balik baru taw...keh3

ni tempat persinggahan terakhir kami sebelum berangkat ke Mekah & Madinah...ingatkan ustaz nak bawak kami shopping,sebab tempat ni mall...rupa2 nya untuk dinner je...hahahaha..group aku sampai dulu kat sini masa ni...

ni makanan kami...aku dah lapar giler time ni..nasib aku makan la pasta2 ni...

comey nye ibu...time ni ibu siap mintak suh aku tangkapkan gambar dia...hehehehe... ;)

lpas tu,ibu offer untuk tgkapkan gambar aku pulak...xpela gegar2 pun...kak lang sayang ibu ketat2 jugak...hehehe..

lepas dah konyang porut masing2,semua naik bas untuk ke airport...ngantuk sangat dah rsanya time ni...duduk kat airport sementara tunggu check-in, sempat lagi ustaz Burhan mengamuk kat orang tu sebabnya xtaw kenapa,kami kena check-in sendiri2..sebelum ni,masa kat KLIA, kami check-in by group..so,senang sikit..habis berterabur seat kami...mungkin sebab ustaz letih sangat kot, tu yang sampai mengamuk tu...tapi salah diaorg jugak..mula2 suruh kami check-in individually...lepas tu suruh by group pulak...

masa kat airport ni,kami transit agak lama jugakla...3-4 jam camtu rasanya sebelum kami naik flight Istanbul-Yanbu...aku tukar baju kurung siap2 kat sini...

to be continued.......
Madinah Al-Munawwarah....