Search This Blog

Sunday, 16 April 2017

Majlis Walimatulurus generasi ke-3 Hj. Ismail & Hjh Saadiah

Tarikh: 27 November 2016
Tempat: Antara Gapi, Selangor

wallaweh....bersawang sudah belog ini...rupanya ada lagi story yang belum post...smpai lupa dibuatnya...huhuhu...

ni cerita masa majlis walimatulurus cousin aku, anak kepada pak njang sebelah ibu...pak njang aku decide untuk majlis anak dia kali ni,dia nak buat secara gotong royong...nak dijadikan cerita pulak, pak njang aku admitted kat hospital Selayang time ni..kitaorg dok ingat nanti dekat2 majlis, doktor nk bagi dicas, tapi x...nasibla belah mak aku ramai adik beradik..10 orang semuanya..so,alhamdulillah semua berjalan lancar..

bunga telur untuk bagi pada tetamu...semua ni mak njang aku buat sendiri..aku punyala tanya berapa dia beli..rupa2 nya sendiri bikin...kretip betol mak njang ni..

malam khatam quran..patotnya, plan asal, pengantin la yang akan qhatam quran..tapi sebab nak selesaikan hal nak serahkan wali, pengantin kena pergi hospital dengan tok kadi amek sign kat borang sebab pak njang aku xdapat discas walaupun sekejap untuk jadi wali anak dia untuk majlis esok...

pelamin yang cantik...

my feberet anak buah sepupu.,Oni (Auni)

teddiiaaaa,rombongan pihak lelaki dah sampai...



alhamdulillah,majlis selesai sudah walaupun ada sedikit keributan sebab tok kadi silap bawak borang..huhuhu

meja untuk makan beradap..

kambing golek...nyummmmmmm

kiri: barisan untuk kambing golek kanan: sepupu aku,Izzah sebagai incas booth bubur kacang =)

team basuh pinggan yang terdiri daripada kawan2 adik pengantin..

en.Saleh a.k.a abah den sedang membungkus nasi untuk saudara2 yang duduk jauh...

kiri: Pak cik Muhsin tengah bungkus nasik kanan: Pak Tam tengah cuci periuk

kiri: Pak su tengah kacau lauk.. kanan: orang kuat team memasak, Pak teh

Pak long bersama-sama Pak cik




sesi bergambar kenang-kenangan dengan adik beradik...

aku dan Aina....


kiri: Mr. Saleh and Mrs. Norhayati kanan: the 3rd daughter

aku, Farah (kawan k.Nor), Najihah

bergambar dengan pengantin..opppsss, sorry...tersama tema plak dengan awak


aku dengan kak Nor



foto family kecil kami dengan menggunakan tangan abah sebagai monopod...hehehehe..so,sad, k.cik xdapat join kenduri ni, so, dia tiada dalam gambar...

lepas majlis, kami pun masing-masing pulang ke sarang masing-masing..aku pulak,follow ibu dengan abah balik Taiping dulu sebelum balik ke Senawang....


Saturday, 10 December 2016

SALAM:: Movember Campaign

Tarikh: 23 November 2016
Tempat: Lobby SALAM Senawang Specialist, Hospital


hari ni hari last aku keje sebelum start cuti panjang jugakla...seminggu...misi menghabiskan cuti la hujung2 tahun ni...elok pulak hari ni hospital tempat kerja aku ni ada buat aktiviti sempena bulan kesedaran kanser prostat..dorang set up photo booth untuk public amek gambar dengan props2 yang ada, lepastu upload kat social media dengan #senawangspecialistmovembercampaign...dan, ni lah hasil nya aku & Jaja untuk hari tu...muahahaha


pagi2 lagi abg Akmal & en. Yunus dah posing ka situ selain dari aku & Jaja...=D







time ni lepas dah habis syif...ajak ain pulak bersekongkol dengan kitaorg...hahahaha


last pose, Ain dengan pose ala2 Michael Jackson dia...hehehe


Saturday, 3 December 2016

GENG 872:: Last Birthday Celebration for 2016

Tarikh: 16 November 2016
Tempat: Rumah Sewa Kak Kamsiah

untuk penutup sambutan birthday 2016, dan setiap tahun, birthday Ika je yang tinggal..untuk tahun ni, sebab Ika kena keja double syif time birthday dia, kitaorg decide untuk buat surprise kat rumah je...

so, ain dah bagi tugas, aku & Jaja tukang cari kek, Ain balik keje, dia beli bahan untuk masak dinner..aku & Jaja pun cari la kek yang okey...untuk orang yang bukan penggemar kek macam aku, memang aku xde idea la nak suggest yang mana..last2 kitaorg decide nak beli kat King's je...usha punya usha, hati dua2 terpikat kat American Choc ni....hehehe

tugas beli kek ni, dia pakej dengan costume sekali...untuk Ika, kali ni, kita belikan dia cekak Minnie Mouse...muahahahaha

ok, dah pkul 9 lebih...standby kek,lilin, cekak semua kat hall..dengar je bunyi kereta dia, cepat2 padam kipas, pasang lilin...Ain kitaorg suh dia yang surprisekan Ika...

Haaa,nampak x tangan Ika yang ber-inner kelabu tu tengah capai mangga nk bukak gril???dia bukak je sliding door, terus kitaorg nyanyi "happy birthday to you..." malu punya pasal, dia sanggup reverse sampai keluar balik...tengok la tu haaaa...ish ish ish...

last2 dia pun masuk jugak...tengok la muka malu2 tu...xtahannnnn...hahahaha

kitaorg paling xsangka dia nak jugak pakai cekak tu....sebab biasanya Ika ni susah sikit kalau bab2 merepek macam ni...yang rajin merepek ni, nombor 1, si Jaja...HAHAHAHAHA..

sedap je kek ni..mula2 tu down gakla sebab si Ain macam membentak sikit bila aku & Jaja cakap ni butter kek,dia cakap xsedap...tapi bila dah potong & makan, rasa dia macam brownies...sedapppp....

menu harini, ain masak asam pedas ayam, aku masak sayur kangkung, jaja masak telur dadar special....hahahahaha



SALAM:: Sukantara 2016

Tarikh: 12 November 2016
Tempat: Kompleks Belia & Sukan, Paroi, N.Sembilan

tahun lepas punya sukantara SALAM, Shah Alam jadi tuan rumah...untuk tahun ni, giliran Senawang pulak jadi tuan rumah...tahun ni bertambah lagi team untuk sukantara ni sebab branch baru SALAM, KTMC (Kuala Terengganu Medical Centre) join jugak...macam tahun lepas, aku & Jaja xjoin apa2 game pun, tapi haruslah pegi untuk sorak jugak...

Mort mula nya main badminton double..tapi disebabkan dia dah ada "isi", dia pun direhatkan...hehehe..kalau ikotkan, mestila dia nak main kan, tapi, keselamatan baby comes 1st...hehehe

so, pagi2 tu, kitaorg breakfast dulu kat area taman aku sebelum gerak ke kompleks sukan...ekceli, ada je diaorg sediakan sarapan, tapi sebab we olls xde main sebarang game, segan la kan nak makan...huhu...rasa macam menzalimi hak orang lain je...huhuhu

taraaaa, dah sampai...senawang punya team kaler kuning tahun ni...

team shah alam, purple...terengganu pulak hijau...tapi xde dalam gambar...

opening ceremony by cheerleader team berjoget...

hummmm, kuatnya jaja angkat mort kan????

1st game netball...kiraan markah ikot sape menang, dia dapat 1 point..so, point paling banyak dikira menang la....

lepas tu ada volleyball (L) & (P)...futsal, lastly, baru badminton...

ni team siow & dr.shah...power weh, dorang bagi team lawan kaw2 punya...15:5...

time ni, aku & mort dah naik sheikh smpai turun tepi court sebab nak tengok game...jaja xnak follow, so, dia tinggal kat bench je...hehehehe

tu, yg blakang sana tudung biru yang nampak kesepian tu, jaja lettew...*abaikan watak picisan atas kerusi tu...*

lepas settle semua game, time untuk announce pemenang...

nahhh,havoc xhavoc nya team Senawang, tiap kali announce, kluar la penyorak2 ni semua iring player2...hehehehe

dannnnnn, juara keseluruhan jatuh kepada team SENAWANG....nampak gaye nya tahun ni pun piala pusingan xbergerak ke mana2, still kat SENAWANG...caiyokkk Senawang....

"Majulah Sukan untuk SALAM Senawang"