Search This Blog

Thursday 26 November 2015

Istanbul Aku Datang (Part 2)

Tarikh: 24 November 2015 (Day 1)
Lokasi: Masjid Sultan Sulaimaniye->PANORAMA 1453->
              Masjid Fatih->Masjid Abu Ayup Al-Ansari

Lepas breakfast,kitaorg gerak pergi ke Masjid Sultan Sulaimaniye...besar giler beb masjid ni...dinding2 semua tu daripada batu marmar taw...dahla cuaca sejuk,tangkap gambar kena duduk atas tangga,perghhhh,rasa beku vuntot kejap...hahaha 

Gambar aku yang tengah ajet-ajet harusla ade jugak..huah3

Plastik kat tangan aku tu bukan plastik roti ke hape ek...tu plastik kasut...kat sini,diaorg ada sediakan plastik untuk sesiapa yang nak masuk ke masjid untuk bersolat atau lawatan...bagus konsep ni...xdela kes kasut hilang dan xnampak bersepah...bijak....bijakkkk...
  

Gambar yang atas tadi gambar ukiran kat kubah belah dalam...cantik kan?sana sini ada ukiran...cantik sangat...subhanallah...

Kenapa dengan lampu ni??ada cerita sebenarnya...cuba tengok betol-betol,ada something kat celah-celah lampu tu...yang macam ada rambu ramba tu, sebenarnya telur burung unta...ada function dia kenapa diaorg gantung kat situ...tapi aku terlupe...maafin nabila ye buk...huhuhu 
Bunda tersayang....



Sisi lain masjid...niceeeee.....

Haa,ni toilet diaorg...bayan ni untuk women...kalau men, bay...toilet diaorg akan letak simbol WC...kakak aku cakap WC=wheelchair...hahaha 

Ni keadaan tandas dan tempat wudhu'dia...cantik dan bersih kan?sekali masuk tandas kat sini kena bayar 1lira=rm1.60... (menangis)..masa nak masuk kat sini,aku dengan ibu dua2 xde duit kecik,tapi dah xtahan nak kena buang jugak ni..last-last aku bagi je 100lira..diaorg ade tukar okeh..amazing kan?cube kalau kat Malaysia,mau kena hambu..yela,kitaorg baru tukar je kepada lira masa nak datang sini,tupun masa kat airport...belum belanja apa-apa lagi...memang duit semua besar-besar la..huhu...air dia plak macam ais batu sejuk nya...kat sini mostly binaan,dorang akan gunakan marmar..

Lepas dah pergi melawat masjid, kitaorg pergi Panorama Muzium...muzium ni lebih kurang macam muzium Muhammad Al-Fateh sebab dalam dia banyak cerita pasal perjuangan Muhammad Al-Fateh....




Ni bahagian atas sekali muzium tu..diorg lukis kat kubah bangunan...lukisan ni tentang peperangan yang dipimpin oleh Muhammad Al-Fateh...yang baju merah berkuda putih tulah Muhammad Al-Fateh..

Dari cerita tourist guide:
"Muhammad Al-Fateh menjadi raja sebanyak 2x...pertama kali pada umur 12tahun..bila musuh dapat tahu raja pada ketika itu hanyalah budak kecik,diaorg telah hantar askar untuk perang nak tawan Turki...disesabkan beliau masih kecil dan tiada pengalaman berperang, beliau meminta ayahnya mengambil semula takhta yang diberikan padanya...tapi ayah dia xnak dengan berkata itu awak punya kerajaan,awak lah yang perlu bertanggungjawab...ayah nak beribadat kepada Allah S.W.T..balas Muhammad Al-Fateh,sebagai raja saya perintahkan awak mengetuai peperangan ini"

Bijak nya Muhammad Al-Fateh....lepas tu, beliau lepaskan semula kerajaan pada ayahnya dan mengambil semula kerajaan pada umur 19tahun...

Ikot cerita tourist guide lagi, Muhammad Al-Fateh ni dulu seorang yang nakal..xnak dengar kata dan xhormat guru...satu hari,ayahnya iaitu sultan telah datang ke sekolah dan nak masuk ke kelas anaknya..pintu sekolah diaorg kecik saja,kena tunduk sikit untuk masuk,bila anak dia Muhammad Al-Fateh tengok ayah dia sebagai sultan pun kena tunduk nak masuk dalam kelas sebab cikgu suruh,dia berubah...

Lepas pergi muzium,kami pergi kubu ni...tengok-tengok sekejap,lepas tu terus jalan lagi...rupanya dah masa untuk lunch...hehehe 


Untuk lunch,kitaorg makan kat kedai ocakbasi ni...hehe...aku dengan akak aku yang sulung dengan adik bongsu aku duduk semeja...xhabis-habis kitaorg dok bahankan ocakbasi ni saja...hahaha 

Gambar atas: datang roti ni dengan sup ape ntah..aku rasa macam kacang kuda pun ada,kacang hijau pun ada...buat cicah roti tu..sedap gak rasa dia..punyala pulun kami makan sebab ingatkan habis makan yang ni baru dapat makan nasi...

Gambar tengah: ingatkan dah habis dah santapan roti kami...lepas dah habis makan roti tadi,tengok-tengok datang lagi satu jenis roti lain...haaa,amek kauuuu...hahahaha...kali ni punya aku,akak aku,adik aku surrender xlarat nak makan roti lagi dah walaupu  roti kami yang paling menarik siap kembung-kembung...hehehe 

Gambar bawah: rupanya,yang dalam dulang tula makanan sebenar lunch kami...bawah sekali ada nasi barli,pehtu ada ayam & kambing bakar,atas sekali sejenis roti...kali ni pun kitaorg xlarat nak makan jugak...habiskan kambing & ayam jela yang mampu...huhuhu 

Lepas dah makan lunch,kami pun sambung berjalan lagi...haaa,kali ni kena mendaki bukit pulak...jalan punya jalan....

Akhirnya sampai dah...rupanya nak pergi masjid Muhammad Al-Fateh...masjid-masjid kat sini dibina ada tanda...nampak x beranda yg kat menara tu?beranda-beranda tu mewakili sultan ke berapa..kalau dia sultan ke-14,akan ada 14 beranda la pada beranda menara masjid tu...

Yang ni keadaan dalam masjid tu...macam lebih kurang dengan keadaan dalam masjid sebelum ni kan?dinding-dinding semua penuh dengan kaligrafi sampai ke kubah...

Ni pulak view luar masjid...yang macam kanopi tu tempat wudhuk lelaki..pun dari marmar jugak...



Last untuk hari ni, kitaorg pergi melawat Masjid Abu Ayub al-Ansari...Abu Ayub ni lah orang yang memberi rumahnya sebagai tempat untuk Rasulullah berteduh semasa hijrah...yang mana pada masa tu,ramai yang offerkan rumah mereka sebagai tempat Rasulullah berteduh,tapi dengan bijaksana supaya tiada yang berkecil hati,Rasulullah telah berkata "di mana unta aku berhenti untuk rehat,maka di situlah akan aku singgah" maka,nak dijadikan cerita,unta nabi berhenti di rumah Abu Ayub..

The journey will be continue...
Istanbul Aku Datang (Part 3)

No comments:

Post a Comment