Search This Blog

Saturday 13 October 2018

Family trip:: Bukit Tinggi - Padang, Indonesia (PART 2)

Tarikh: 13 April 2017
Tempat: Rumah Kelahiran Buya Hamka, Maninjau Tour, Pasar Atas, Jam Gadang

Untuk hari kedua, lepas sarapan kat hotel, kitaorg gerak untuk aktiviti seterusnya. Destinasi pertama, Rumah Kelahiran Buya Hamka ataupun di Malaysia dikenali sebagai Professor Hamka.Untuk sampai ke rumah beliau, kena lalu lauan yang berliku2 kalau kat sana disebut sebagai kelok....semua nya ada 44 kelok yang kena tempuh sebelum sampai ke rumah tersebut.

tapi, van akan berhenti pada kelok ke 37 untuk berehat dan ambil gambar...haaaa, kat bawah ni masa kitaorg singgah berehat sekejap sebelum teruskan perjalanan sambil amek2 gambar...

  

  



akhirnyaaa.....sampai jugak kat rumah Buya Hamka ni...fuhhhhh, boleh tahan jugak mencabar jalan nak naik ke sini..poning den dibueknya...hahahaha



masa kat dalam rumah tu, kita akan diberi sedikit penerangan tentang sejarah Buya Hamka ni...pehtu kat dalam tu, dapatla kita tengok gambar2 dengan hasil2 penulisan beliau...


  





lepas keluar dari rumah Buya Hamka ni, kitaorg singgah satu tempat untuk amek gambar...cantik view kat sini...siap ade kabus2 lagi...fefeeling ada atas awan gitu....hahahaha...

  


lepas dah selesai sesi bergambar, singgah pulak kat tempat memproses tebu... kat sini, tebu diproses untuk dibuat gula...diaorg pakai kerbau untuk kisar tebu..mata kerbau diikat untuk elak dari kerbau tu mengganas lalu menanduk orang kot...

  

tak dilepaskan peluang bergambar bersama2 sang kerbau....hehehe


air tebu asli...pekat rasa dia...bak kata orang utara, "manih melecaih"...

lepas dari situ, kami bergerak untuk lunch...sorry, xde gambar pulak...hehehe..sedap sangat makan, sampai terlupa nak snap....

haaa,lepas dah lunch, pergi ke Pasar Simpang Aur pulak...sepatutnya tempat ni xde dalam senarai, tapi atas sebab permintaan, pak supir tanpa keberatan memenuhi jugakla permintaan customer beliau...hehehe




 kat pasar ni xde mende sangat masa aku pegi...mungkin sebab bukan time cuti sekolah kot...so, kat sini, xde hasil tangkapan pun...hehehe

next, kitaorg gerak pegi Jam Gadang...dekat jam ni ade sesuatu yang pelik...cube perhatikan betol2 kat muka jam tu, korang akan jumpe ape yang aku maksudkan..hehehe

haaaaa, kat sini pasar dia besar la bagi aku...ada dua tingkat, dannnnnnn...yang paling penting ada jual macam2 benda...kat sini aku paling seronok bershopping...banyak hasil tangkapan aku kat sini...tapi memandangkan lambat datang sini, duit shopping pun dah tinggal paras2 hidung je time ni...kalau x, mesti lagi banyak hasil tangkapan aku, aku rasa...hehehe



selesai shopping, hari pun dah nak malam...kitaorg pun gerak balik hotel untuk mandi dan solat...lepas solat, kitaorg keluar untuk makan malam pulak...

No comments:

Post a Comment